Datang tunai janji kepada Tok Mat: Zahid

Ahmad Zahid ketika ditemui media di pusat penamaan calon PRK DUN Rantau hari ini. –Foto Sinar Harian
Ahmad Zahid ketika ditemui media di pusat penamaan calon PRK DUN Rantau hari ini. –Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kehadiran beliau di pusat penamaan calon PRK DUN Rantau hari ini kerana mahu memenuhi janjinya kepada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Kehadiran saya di sini, adalah untuk penuhi janji yang saya buat dengan Tok Mat.

"Yang penting Tok Mat adalah 'incumbent'. Kegagalan beliau dengan mengosongkan kerusi bukan disebabkan (salah) beliau tapi disebabkan keputusan perundangan,"katanya.

Menurutnya, biarpun Tok Mat kini adalah pembangkang namun beliau telah beri banyak sumbangan dalam bentuk pembangunan di Negeri Sembilan termasuk di DUN Rantau.

Kata Zahid, tiada sebab pengundi DUN berkenaan tidak mahu memilih Tok Mat.

Ditanya adakah beliau akan hadir membantu Tok Mat berkempen, beliau berkata, ia bergantung kepada keadaan.

"Jika kehadiran saya dapat bantu kemenangan Tok Mat saya akan berada di tempat tertentu yang perlukan sumbangan saya.

"Jika sebaliknya saya akan berikan dokongan dari jauh, "katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu beliau sempat berseloroh berkata yang beliau ingatkan dirinya tidak lagi laku ketika diminta untuk ditemu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Streram dah tak lupa bawa pas SPR

ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon PRK DUN Rantau berlangsung pagi ini