X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Kes varian Omicron lebih mudah merebak dikesan di Sarawak

Gambar hiasan
A
A

KUCHING - Kes Covid-19 varian Omicron yang lebih mudah menular iaitu BA.2.12.1 dan BA.5 dikesan di Sarawak baru-baru ini.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Dr David Perera mendedahkan perkara demikian dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 1,229 sampel kes positif berjaya disusun bagi tempoh 1 Mac hingga 16 Jun lalu.

"Kesemua dikesan sebagai kes varian membimbangkan (VOC). Sampel ini diambil daripada kes positif yang diperoleh di seluruh negeri,"katanya dalam kenyataan di sini.

Profesor Dr Perera berkata, daripada sampel tersebut, BA.2 terus menjadi sub-varian dominan Omicron Covid-19 dikesan.

"Bagaimanapun, pada minggu terakhir Mei, kami mengesan kejadian pertama BA.2.12.1 yang mudah menular daripada kes di Kuching dan BA.5 di Sibu.

"Seterusnya, satu kes tambahan BA.2.12.1 dan tiga kes BA.5 dikesan di Kuching pada minggu kedua dan ketiga bulan ini,"katanya.

Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengumumkan kedua-dua sub-varian ini paling mudah berjangkit dan kadar penularan yang pantas berbanding induk Omicron VOC.

Susulan perkembangan terbaru itu, Profesor Dr menasihatkan orang ramai supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di negeri itu.

Örang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan suntikan dos penggalak jika belum berbuat demikian khusus bagi individu yang mempunyai komorbiditi dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas," katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!