'Saya nak tahu siapa kartel yang beri duit pada saya?'

Musa ketika mengadakan sidang media di ibu negara pada Khamis.
Musa ketika mengadakan sidang media di ibu negara pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang bulanan daripada kartel jenayah, malah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya tidak menemui sebarang salah laku.

Musa berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan meminta pihak yang menuduhnya supaya menamakan kartel yang didakwa memberi bayaran kepadanya.

"Saya nak tahu siapa kartel yang beri duit pada saya? Berilah nama.

"Dulu ramai orang cakap saya ambil rasuah dan saya sendiri dah lapor pada SPRM dan mereka sudah siasat saya," katanya pada sidang media pendedahan berkenaan aktiviti pengedaran dadah di pusat hiburan di ibu negara di sini pada Khamis.

Edisi Siasat dalam satu ciapan di Twitter pada Selasa mendakwa Musa Hassan merupakan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima suapan daripada penjenayah.

Mengulas lanjut, Musa berkata, tidak wujud penglibatan kartel jenayah di dalam PDRM semasa beliau bertugas tetapi tidak menafikan ada orang tengah atau 'PR' yang cuba memberi rasuah kepada anggota polis.

"Dalam polis tiada kartel, tapi PR yang hubungi anggota dan pegawai polis untuk berpakat dengan dia orang memang ada. Kalau dia (Edisi Siasat) tahu siapa kartel itu tolong bagi tahu," ujarnya.