Rumah tamu dikompaun RM5,000

Rumah tamu turut menjalankan aktiviti jualan runcit dan kedai dobi layan diri tanpa mendapatkan permit sah daripada MBK. - Foto MBK
Rumah tamu turut menjalankan aktiviti jualan runcit dan kedai dobi layan diri tanpa mendapatkan permit sah daripada MBK. - Foto MBK
A
A
A

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM5,000 terhadap pemilik sebuah rumah tamu di sini kerana didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mendapatkan kelulusan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, rumah tamu itu memilik lesen sah untuk beroperasi dan notis kompuan dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan lain.

Menurutnya, antara kesalahan yang dilakukan ialah membuka kedai dobi layan diri dan jualan barangan runcit serta membuat iklan tanpa kebenaran.

“Tindakan kompaun telah diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 1983.

“Pengusaha premis telah diingatkan supaya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBK,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau memaklumkan pemeriksaan dilakukan terhadap rumah tamu itu selepas mendapat aduan daripada pengguna.

Katanya, sepasukan penguat kuasa MBK ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh.

Sehubangan itu, Norkamawati berharap individu yang mahu menjalankan sebarang perniagaan perlu mendapatkan permit sah terlebih dahulu bagi mengelak di kompaun.