Remembering Whitney sentuh emosi

No Image Caption
A
A
A

MALAM Remembering Whitney yang diadakan di Istana Budaya, baru-baru ini telah mendapat perhatian daripada para peminat bintang legenda tersebut.

Diterbangkan khas dari Las Vegas, kehadiran Trina Johnson Finn mendapat tepukan gemuruh sewaktu mendendangkan semula semua lagu-lagu popular mendiang Whitney seperti I Will Always Love You, I Have Nothing, Where Do Broken Hearts Go, I Wanna Dance With Somebody dan banyak lagi.

No Image Caption



Ternyata, Trina berjaya mengembalikan semula memori-memori Whitney dengan alunan vokalnya yang padu dan merdu.

Sebelum Trina muncul, hadirin disajikan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi muda yang merupakan peminat lagu-lagu Whitney.

Roy Wong, 13, telah mencuri perhatian dengan lagu The Greatest Love of All bersama penyanyi Tria Aziz kemudian diikuti dengan kehebatan vokal penuh bertenaga daripada Falizstha Sarafina Subahan, 15, melalui lagu Run to You.

Artikel Berkaitan:


Konsert yang berlangsung selama 90 minit ini dibawakan oleh Milestone Productions Sdn Bhd dengan kerjasama BAKASA.

Menurut Grace Lee, Managing Director of Milestone Production Sdn Bhd, Grace Lee, malam tersebut merupakan malam terbaik meraikan wanita-wanita hebat. Persembahan Trina sangat mengagumkan dan berkarisma.