X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Lorong kiri, kecemasan antara Tapah-Bidor ditutup lima hari: PLUS

Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor ditutup selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai. - Foto Bernama
A
A

IPOH - Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor di Kilometer (KM) 338.20 hingga KM 339.25 arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan laluan kepada semua kenderaan itu berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

Menurut PLUS, lorong kanan di 338.20 hingga KM 339.25 (arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan, manakala penggunaan laluan kecemasan akan diaktifkan secara berkala bergantung kepada keperluan semasa.

"PLUS mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.

"Pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV (kamera litar tertutup) yang disediakan," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pelanggan juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!