[VIDEO] Lumba haram lepas makan roti john di Senawang

Suspek yang ditahan dikesan berlumba serta melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini pada Khamis.
Suspek yang ditahan dikesan berlumba serta melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Sekumpulan penunggang motosikal terlibat lumba haram selepas menikmati roti john di Senawang diberkas di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini pada Khamis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi berkenaan dikesan dilakukan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

Menurutnya, 13 penunggang motosikal yang diberkas berumur antara 19 hingga 25 tahun.

"Kejadian berlaku melibatkan 13 penunggang yang menunggang motosikal sambil melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua belah kaki ke belakang (superman), aksi bersaing sesama sendiri, aksi menundukkan badan dan aksi zig-zag bermula dari Kilometer 41.7 sehingga Kilometer 35 Lebuhraya Elite arah Utara.

"Pada jam kira-kira 1.20 pagi, lima suspek telah berhenti di Stesen Minyak Petronas RNR Dengkil manakala kira-kira jam 1.40 pagi, lapan lagi suspek berhenti di sebuah warung di Klang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kesemua suspek kemudiannya diberkas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sepang untuk tindakan lanjut.

"Polis kemudiannya mengeluarkan 37 saman terhadap suspek yang terlibat.

"Selain itu semua motosikal milik suspek yang ditahan telah disita untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Katanya, Kes disiasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@sinarharianonline Macam-macam hal lah! #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#LumbaHaram#Superman#Viral original sound - Sinar Harian