Covid-19: 2,425 kes baharu, empat kematian direkod

Sebanyak 2,425 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. - Foto Bernama
Sebanyak 2,425 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,425 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,547,051 kes.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada Rabu dan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,741 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 27,026 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 25,972 atau 96.1 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala empat individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,020 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 30 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 1,550 kes sembuh turut direkodkan pada Rabu, dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,484,284 kes.