X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Bale adakan rundingan bersama Cardiff

Gareth Bale
A
A

KELAB liga kejuaraan, Cardiff City kini sedang mengadakan rundingan bersama Gareth Bale dalam misi untuk membawa pemain itu memperkuatkan kelab tersebut pada musim depan.

Perkembangan itu disahkan oleh wakil Bale yang mengakui pihaknya kini sedang berunding bersama pengerusi Cardiff, Mehmet Dalman.

“Benar kami sedang melakukan rundingan bersama Cardiff untuk bawa Bale bermain di sini.

“Bagaimanapun Cardiff bukan satu-satunya kelab yang kami sedang berhubung ketika ini, namun banyak pasukan lain sedang mengintai untuk mendapatkan khidmat Bale,” katanya.

Sekiranya rundingan bersama Cardiff berjalan lancar, ia mungkin akan memberi kelebihan buat Bale untuk mempersiapkan diri ke Piala Dunia 2022.

Ia kerana, Cardiff berkongsi tempat latihan dengan Persatuan Bola Sepak Wales, yang membolehkan Bale terus bekerja rapat dengan kakitangan perubatan dan kecergasan Wales.

Sebelum ini, pemenang lima kali Liga Juara-Juara Eropah itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Major League Soccer di Amerika Syarikat dan Tottenham Hotspur.

Malah pasukan liga Itali, Roma kendalian Jose Mourinho difahamkan turut berminat untuk mendapat khidmat pemain berusia 32 tahun itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!