X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

PBM lebar sayap ke Sabah

Zuraida (kanan) ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia di Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A

KOTA KINABALU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengembangkan sayapnya ke Sabah dengan penubuhan 26 bahagian di negeri ini.

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, struktur PBM Sabah telahpun ditubuhkan terdiri daripada ahli akar umbi parti.

"Kami sudah ada 26 bahagian di sini dan telah berkembang bersama ahli dari akar umbi, Pengerusi PBM Sabah, Rahimah Majid juga ada di sini.

"Sejak dilancarkan sebanyak 190 bahagian telah ditubuhkan di seluruh negara. Jadi di Sabah sudah penuh apabila ada sebanyak 26 bahagian," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia di sini pada malam Rabu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kemasukan PBM di Sabah.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pihaknya mengalu-alukan kemasukan ahli Parlimen bebas yang berminat untuk menyertai PBM.

"Sangat dialu-alukan sesiapa yang mahu sertai parti kerana ini akan mengukuhkan blok saya," katanya.

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum ini keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diumumkan sebagai bakal Presiden PBM bagi memimpin parti itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!