X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

'Tiada siapa boleh bentuk kerajaan tanpa Sabah, Sarawak'

Datuk Junz Wong (duduk, tiga dari kiri) pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan Kolombong pada Rabu.
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan mendakwa tiada siapa yang boleh membentuk kerajaan tanpa Sabah dan Sarawak.

Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berkata, perkara itu adalah kenyataan susulan senario politik ketika ini.

Oleh demikian menurutnya, rakyat Sabah harus bekerjasama dengan Sarawak bagi menuntut hak kedua-dua negeri terbabit.

"Sebab itu penting rakyat Sabah sedar akan peluang ini untuk bersatu dan bekerjasama dengan Sarawak untuk menuntut hak-hak kita bagi membentuk kerajaan akan datang.

"Mereka tidak boleh kawal sebab tanpa Sabah dan Sarawak mereka tidak boleh membentuk kerajaan.

"Kita kena ambil peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan untuk mengawal dan mengubah struktur serta budaya politik negara," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan Kolombong di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru turut berpandangan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan wujud di Sabah kerana bakal ada gabungan baharu.

"Tiada lagi BN pada pilihan raya akan datang, Sabah Sarawak tidak akan sertai BN. Kita juga tidak akan sertai BN, BN tidak akan jadi kerajaan baharu kerana akan ada gabungan baharu.

"Gabungan baharu akan ada struktur dan budaya baharu. Kita kena fokus kepada agenda rakyat dan tidak boleh lagi cakap soal politik kerana rakyat sudah bosan dengan politik.

"Ini pandangan saya dan kita kena stabilkan kerajaan. Kita akan stabil tetapi kita kena berhenti bercakap soal politik dan fokus kepada isu rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, Junz berkata, pada pilihan raya akan datang Warisan perlu fokus kepada isu rakyat dan setiap pemimpin yang bertanggungjawab perlu memastikan politik di negara ini stabil.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!