Streram dah tak lupa bawa pas SPR

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Selepas insiden pahit tidak membawa pas dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU14, nampaknya calon PH, Dr S Streram belajar daripada kesilapan.

Bakal bertanding di PRK DUN Rantau, Streram hari ini begitu bersemangat hadir di kawasan penyokong PH kira-kira jam 8.15 pagi sempena penamaan calon.

Apa yang pasti, kali ini pas SPR sudah awal-awal lagi digantung di lehernya.

Malah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution ketika berucap di hadapan penyokong sempat mengusik Streram.

"Hari ini beliau bawa pas SPR," kata Saifuddin sambil menunjukkan pas dipakai Streram.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya, Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Artikel Berkaitan: