Budak tiga tahun maut terjatuh dari tingkat 10

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat terjatuh daripada kediamanya di tingkat 10, Kondominium Dutamas 28, di sini pada Rabu. (Gambar kecil: Eng Lai)
Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat terjatuh daripada kediamanya di tingkat 10, Kondominium Dutamas 28, di sini pada Rabu. (Gambar kecil: Eng Lai)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat terjatuh daripada kediamanya di tingkat 10, Kondominium Dutamas 28, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tab mandi dan naik ke atas tembok, kemudian memanjat keluar ikut tingkap tandas. Semasa kejadian ibunya berada di ruang tamu.

"Kanak-kanak itu terjatuh di tingkat tiga kondominium itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kepong 2 di sini pada Rabu.

Apabila ditanya mengenai keberadaan bapa mangsa, Eng Lai berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan namun melihat keadaan ibu mangsa yang masih terkejut menyukarkan untuk disoal siasat.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan tetapi buat masa ini ibu mangsa masih sangat sedih dan kita beri dia masa dahulu, kita tak mahu emosi dia terganggu.

"Ibu mangsa akan dipanggil rakam keterangan kemudian, sebab sekarang dia sangat sedih, menangis dan tidak dapat bercakap. Jadi kita tunggu mayat itu dibedah siasat," ujarnya.