Tunggakan sewa PPR cecah RM25,250

Haniza
Haniza
A
A
A

SHAH ALAM - Tunggakan sewa mencecah RM25,250 dan ada penyewa bertindak sewa atas sewa.

Kesalahan itu antara dikesan dalam operasi pemutihan dijalankan kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS).

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Md Talha berkata, apa yang mengejutkan terdapat penyewa ada tunggakan sewa mencecah RM25,000.

"Tindakan pemutihan ini dijalankan selepas notis peringatan dikeluarkan secara berulang kali namun tidak diendahkan oleh penyewa terlibat," katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang bertindak menyewakan unit PPR mereka kepada warga asing.

"Ini termasuk notis untuk mereka yang berbuat demikian untuk keluar daripada unit.

"Berdasarkan siasatan dan juga pemutihan dijalankan kita dapati ada ramai yang salah guna atau dikategorikan tidak layak namun mereka masih terus menyewa," katanya.

Menurutnya, tindakan pengusiran fasa pertama dilaksanakan terhadap 10 unit rumah di PPR Kota Damansara dan lima unit di PPR Hicom.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan dijalankan ke atas penyewa-penyewa tegar yang membuat bayaran secara tidak konsisten, ada tunggakan sewa, terlibat aktiviti sewa atas sewa, ceroboh unit kosong serta bukan penama asal," katanya.