Mekanisme pembayaran baharu PTPTN ditangguhkan: Maszlee

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan mekanisme pembayaran baru Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditangguhkan.

Maszlee berkata, penangguhan berkenaan adalah bagi mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh.

Menurutnya, proses berkenaan adalah bagi mendengar pandangan dan saranan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: PGB: PTPTN hubungi enam egensi kumpul maklumat majikan]

Baru-baru ini PTPTN mengumumkan mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman melalui skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mendapat banyak bantahan dari pembangkang serta kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN: Anwar hantar nota segera kepada PM]

Artikel Berkaitan: