Anak transgender Elon Musk mohon tukar nama

Punca keretakan hubungan Musk bersama anaknya bagaimanapun tidak diketahui umum. - Foto: Agensi
Punca keretakan hubungan Musk bersama anaknya bagaimanapun tidak diketahui umum. - Foto: Agensi
A
A
A
LOS ANGELES - Anak transgender bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk telah memfailkan permohonan untuk menukar nama mengikut identiti baharu.

Pemilik nama asal Xavier Alexander Musk yang berusia 18 tahun baru-baru ini turut memberi alasan pertukaran nama mengikut jantina perempuan itu dibuat kerana dia enggan lagi dikaitkan dengan bapa kandungnya dalam apa jua cara atau bentuk.

Punca keretakan hubungan Musk bersama anaknya bagaimanapun tidak diketahui umum.

Selain itu, tiada penjelasan terperinci daripada wakil Musk atau pejabat media Tesla tentang masalah yang timbul antara mereka setelah dihubungi Reuters pada Isnin.

Difahamkan, petisyen tentang permohonan sijil kelahiran baharu dan petukaran nama itu difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di Santa Monica pada April lalu, namun ia mula mendapat perhatian umum sejak akhir-akhir ini selepas dilaporkan beberapa portal berita.

Menurut dokumen mahkamah yang dipaparkan melalui PlainSite.org, nama baharu yang dipilih Xavier ialah Vivian Jenna Wilson.

Pada bulan lalu, pemilik syarikat aeroangkasa, SpaceX tersebut mengisytiharkan sokongan terhadap Parti Republikan setelah anggota parti itu menyokong undang-undang yang mengehadkan hak golongan transgender di seluruh negara.

Menerusi ciapan yang dikongsi di Twitter pada 2020, Musk pernah mengutarakan tentang isu golongan transgender.

“Saya menyokong golongan itu, namun pemilihan kata ganti nama mereka seperti ‘mimpi ngeri estetik’,” ujarnya menerusi laman blog mikro tersebut. - Agensi

Info

>Xavier atau Viviana merupakan salah seorang daripada lima anak Musk bersama bekas isterinya, Justine Wilson yang berpisah pada 2008.

>Musk mempunyai tujuh cahaya mata hasil daripada prosedur seperti rawatan bayi tabung uji (IVF) dan kaedah ibu tumpang.