'Beri ketenangan kepada kakitangan'

Wujudkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja

A
A
A

SEPANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak diwujudkan di tempat kerja.

Beliau berkata, pusat jagaan itu juga perlu memenuhi semua keperluan dan berdaftar, selain dikendalikan kakitangan berkelayakan.

"Isu pusat penjagaan kanak-kanak perlu diberi perhatian, justeru lebih banyak organisasi perlu menubuhkan pusat tersebut di tempat kerja,"katanya ketika merasmikan pusat jagaan kanak-kanak di Ibu Pejabat AirAsia RedQ, Taska Krista@RedQ di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, serta Lembaga Pengarah Kumpulan Air Asia Berhad, Datuk Aziz Bakar dan Noor Neelofa.

Sementara itu, Tony berkata, pihaknya berusaha mewujudkan suasana tempat kerja menggembirakan dan selesa untuk semua kakitangan termasuk ibu bapa yang bekerja.

"Pusat jagaan kanak-kanak ini sebahagian yang kami lakukan untuk memberi ketenangan kepada kakitangan, dengan mengetahui anak-anak mereka dijaga dengan baik," katanya.

Tony juga menegaskan, kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada kakitangannya.

"Saya percaya jika anda menjaga kakitangan anda, mereka pasti akan menjaga pelanggan anda," katanya.

Artikel Berkaitan: