Honor Magic4 Pro dapat sambutan

Honor Earbuds 3 Pro sesuai dipadankan dengan Honor Magic4 Pro.
Honor Earbuds 3 Pro sesuai dipadankan dengan Honor Magic4 Pro.
A
A
A

SHAH ALAM - Honor Magic4 Pro mendapat sambutan yang memberangsangkan menerusi rekod jualannya sama ada di kedai Honor Experience seluruh negara dan secara dalam talian (online) sejak pelancarannya pada awal Jun lepas.

Honor dalam satu kenyataan berkata, pembeli yang mendapatkannya semasa tempoh jualan pelancaran layak untuk hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 termasuk Honor Earbuds 3 Pro terbaharu berharga RM699 yang didatangi dengan tempoh lanjutan jaminan satu tahun berserta enam bulan perlindungan skrin.

“Digelar sebagai telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai, Honor Magic4 Pro sangat sesuai untuk dipadankan dengan Honor Earbuds 3 Pro.

“Kedua-duanya berfungsi untuk menyelesaikan masalah penggunaan biasa menerusi teknologi inovatif dan termaju dalam industri,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, terdapat beberapa penyelesaian antaranya TWS Earbuds pertama dunia dengan pemantauan suhu AI dan mod-mod pembatalan hingar aktif iaitu pelarasan pintar mengikut keadaan.

“Selain itu, penyelesaian lain ialah pembatalan panggilan hingar AI mengikut situasi dan pengecasan pantas 5C pertama dunia dalam TWS Earbuds,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat terkini Honor Magic 4 Pro, layari https://bit.ly/Magic4ProPOPR atau setia bersama kami di Facebook HONOR Malaysia.