Soul Fitness Centre bantu bina keluarga bahagia

Hussamuddin ketika merasmikan Soul Fitness Centre (SFC), semalam.
- FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Hussamuddin ketika merasmikan Soul Fitness Centre (SFC), semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam usaha membantu golongan wanita melahirkan sebuah keluarga bahagia, harmoni dan dirahmati, Yayasan Nur-Karangkraf Malaysia (Yayasan Nur) mengambil inisiatif mewujudkan Soul Fitness Centre (SFC) di bangunan Sinar Harian, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, SFC yang merupakan klinik pengukuhan jiwa berlandaskan al-Quran itu membantu memperkasakan wanita dan keluarga dalam menghadapi pelbagai isu menerusi sesi perbincangan bersama kumpulan sokongan.

Antaranya, isu berkaitan keibubapaan, keusahawanan, anak istimewa dan keselamatan wanita.

"Selain wanita, kumpulan sokongan ini turut disertai keluarga dan barisan pakar yang akan memberi khidmat kerangka fikiran dan berkongsi pendapat mengikut kepakaran masing-masing termasuk penyelesaian daripada para asatizah (ustaz dan ustazah) berpandukan al-Quran," katanya pada majlis pelancaran Soul Fitness Centre yang dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Nur yang juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali.

Hussamuddin (duduk, kanan) dan Marhaini (tiga, kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis perasmian Soul Fitness Centre (SFC), semalam. (Gambar kecil: Marhaini) - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Hussamuddin (duduk, kanan) dan Marhaini (tiga, kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis perasmian Soul Fitness Centre (SFC), semalam. (Gambar kecil: Marhaini) - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Menurut Marhaini, SFC terbuka kepada semua wanita dan keluarga yang memerlukan sokongan dari segi moral dan spritual, tanpa mengira kaum serta agama. Inisiatif itu selari dengan al-Quran sebagai solusi kehidupan kepada seluruh manusia.

"Diharapkan, menerusi sesi penjernihan dan pengukuhan jiwa yang dijalankan, para peserta pulang bersama 'mutiara' daripada al-Quran untuk diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan:

"Menariknya, SFC ini tidak dikenakan sebarang bayaran kerana kami menggunakan pendekatan infaq bagi mereka yang memerlukan bantuan," ujarnya.

Dalam pada itu, bagi pihak yang bercadang untuk membuka SFC di tempat masing-masing, Yayasan Nur sedia bekerjasama apatah lagi usaha itu dapat membantu masyarakat ke arah pembentukan keluarga yang berbudi dan penyayang.

Secara ringkas, Yayasan Nur yang ditubuhkan pada tahun 2002 merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

Matlamat utama penubuhan Yayasan Nur yang kini menjadi Sahabah al-Quran adalah untuk membantu golongan wanita dan keluarga.