MFL pinda venue, tarikh aksi Liga Premier

Liga Bola Sepak Malaysia mengumumkan pindaan venue dan tarikh perlawanan Liga Premier yang membabitkan Kelantan FC, Selangor FC 2 (SFC 2) dan Skuad Projek FAM-MSN.
Liga Bola Sepak Malaysia mengumumkan pindaan venue dan tarikh perlawanan Liga Premier yang membabitkan Kelantan FC, Selangor FC 2 (SFC 2) dan Skuad Projek FAM-MSN.
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan venue dan tarikh perlawanan Liga Premier yang membabitkan Kelantan FC, Selangor FC 2 (SFC 2) dan Skuad Projek FAM-MSN.

MFL juga memberitahu venue Kelantan United FC yang bertemu Perak FC di Stadium Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 25 Jun, kini berpindah ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Jelas MFL, pindaan tarikh membabitkan pertemuan Kelantan FC dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) juga berlaku di mana perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 27 Jun kini dianjak kepada 22 Julai.

“Sementara itu pindaan tarikh SFC 2 turut berlaku di mana aksi menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam sepatutnya berlangsung pada 1 Julai kini dipinda 5 Ogos.

“Satu lagi pindaan perlawanan iaitu Kuching City bertemu SFC 2 di Stadium Negeri, Kuching pada 17 Julai akan dijadualkan semula pada 24 Ogos.

“Pindaan-pindaan ini dibuat kerana para pemain SFC 2 akan mewakili skuad Bawah-19 tahun ke kejuaraan Piala AFF Bawah-19 (B-19) yang membuka tirai kejohanan pada 2 sehingga 15 Julai di Indonesia,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Sementara itu, MFL turut mengumumkan pindaan tarikh perlawanan skuad Projek FAM-MSN selepas para pemain pasukan itu juga terlibat di dalam Piala AFF B-19, bermula menentang SFC 2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 26 Jun kini dipinda 22 Julai.

Aksi menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dipinda 5 Ogos di mana sebelum ini tarikh sebelum pindaan adalah 1 Julai disusuli pindaan tarikh menentang JDT II di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 17 Julai kini dipinda 24 Ogos.