Isu tanah Felda Sendayan bahan kempen utama PH

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Isu tanah melibatkan peneroka Felda Sendayan akan menjadi bahan kempen utama PH dalam usaha untuk memenangi PRK DUN Rantau kali ini.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar berkata, masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu gagal diselesaikan di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

"Kes melibatkan tanah (Felda Sendayan) ini akan menjadi bahan kempen utama kita untuk gagalkan kemenangan BN.

"Pemilik tanah diberikan bayaran secara ansuran dan sehingga kini bayaran tidak selesai hingga rakyat marah.

"Jadi, kita tidak risau untuk berhadapan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan). Semua maklumat beliau kita ada," katanya ketika ditemui sebaik selesai merasmikan Pejabat Operasi Amanah PRK DUN Rantau di bandar Seri Sendayan, di sini, hari ini.

Katanya lagi, PH juga yakin pengundi DUN Rantau sudah bijak untuk menilai.

Sementara itu, ditanya mengenai kekuatan jentera Amanah, Zulkefly yang juga Speaker DUN Negeri Sembilan berkata, lebih 2,000 jentera akan turun membantu kempen kali ini.

"Amanah bersama parti komponen PH yang lain akan bekerja keras untuk memastikan calon kita (PH) menang besar," katanya.

Artikel Berkaitan: