Umat Islam diseru sertai Y4A

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam negara ini diseru menyertai majlis bacaan Yasin besar-besaran Yasin For Aqsa (Y4A) sebagai tanda penyatuan umat Islam kepada perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, majlis yang bakal diadakan pada 4 April depan akan diadakan di masjid dan surau seluruh negara.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Mapim, Kolej Islam Darul Ulum dan Yayasan Restu dengan kerjasama Aliansi Masjid SeDunia Pertahan Masjid Al Aqsa (Manar) menganjurkan Y4A di Masjid Negara Kuala Lumpur.

“Majlis ini akan diadakan serentak di seluruh masjid dan surau serta semua agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

“Kami menyeru seluruh umat Islam di negara ini berkumpul di masjid dan surau untuk membaca Yasin selepas solat Maghrib pada tarikh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, majlis di Masjid Negara Kuala Lumpur terbuka kepada seluruh masyarakat Islam untuk hadir di mana jamuan makan malam turut disediakan.

“Sebuah buku Yasin dan Kebangkitan Ummah akan digunakan pada majlis itu diseluruh negara bagi mengumpul dana untuk Tabung Al Aqsa.

“Masjid dan surau yang mahu mendapatkan buku boleh berhubung dengan Amin 019-471 4740 dan Hassanuddin 014-346 1353 untuk memesan penghantaran dengan bayaran yang ditetapkan iaitu RM10 senaskah dan RM 5 untuk sumbangan kepada Tabung Al Aqsa.

Artikel Berkaitan: