18 guru pembimbing asnaf mualaf terima anugerah

Tiga dari kanan: Mohd Sabirin dan Ahmad Shahir bersama para guru GPAM yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dalam Majlis Sambutan Hari Guru di sebuah hotel pada Sabtu.
Tiga dari kanan: Mohd Sabirin dan Ahmad Shahir bersama para guru GPAM yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dalam Majlis Sambutan Hari Guru di sebuah hotel pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 18 orang guru pembimbing asnaf mualaf (GPAM) menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dalam Majlis Sambutan Hari Guru di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 182 guru GPAM yang turut diraikan dalam majlis sama.

Menurut hantaran tersebut, guru GPAM merupakan individu yang dilantik khusus oleh pihak LZS bagi mendidik asnaf mualaf mengikut modul Buku Teks Mualaf yang dibangunkan.

"Pihak LZS buat julung kali mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru khusus buat mereka yang membimbing dan mendidik mualaf agar dapat mengamalkan ajaran Islam dengan lebih baik.

"Majlis turut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar sambil dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini," kata hantaran tersebut pada Ahad.

Dalam pada itu, LZS turut memberikan sumbangan berbentuk saham wakaf kepada tiga orang waris guru GPAM yang meninggal dunia sepanjang perkhidmatan.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Asmadi Mustakim