Juliana Evans bakal bergelar ibu

Juliana Evans. Foto: Instagram Juliana Evans
Juliana Evans. Foto: Instagram Juliana Evans
A
A
A

PELAKON Che Puan Juliana Evans membuat pengumuman istimewa di laman Instagramnya hari ini apabila berkongsi dirinya bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Menurut perkongsian tersebut, Juliana atau lebih mesra disapa sebagai Jue, 29, kini sedang hamil enam bulan dan tidak sabar menantikan kehadiran orang baharu dalam hidupnya dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa tiga bulan lagi saya bakal bergelar ibu.

“Suami dan saya sangat teruja untuk menjadi ibu dan bapa. Terima kasih atas semua doa," kongsi Jue pada kapsyen.

Juliana Evans. Foto: Instagram Juliana Evans
Juliana Evans. Foto: Instagram Juliana Evans

Berita ini turut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan artis yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Jue dan suami, Tengku Shariffuddin Shah telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

Artikel Berkaitan: