RM150,000 untuk Masjid An Naim

Kor Ming berpeluk dengan salah seorang ahi pengurusan Masjid An Naim.
Kor Ming berpeluk dengan salah seorang ahi pengurusan Masjid An Naim.
A
A
A

TELUK INTAN - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Masjid An Naim, di Taman Seri Setia, di sini.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya ada menerima aduan dan luahan pengurusan masjid berhubung masalah dihadapi ketika dia melawat masjid tersebut awal tahun ini.

"Saya ada mengunjungi masjid ini Januari lalu dan selepas mendapati masalah yang dihadapi jemaah masjid saya segera mengarahkan setiausaha saya untuk membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan di Putrajaya demi menghulurkan bantuan.

"Sebagai wakil rakyat Teluk Intan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang meluluskan peruntukan khas tersebut dengan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, DAP sentiasa difitnah pihak tidak bertanggungjawab sebagai anti Islam mahupun anti Melayu, namun kini terbukti segala fitnah adalah dusta dan wajib ditolak seluruh umat Islam.

"DAP adalah parti yang mesra Islam dan komited untuk memperjuangkan perpaduan nasional pelbagai kaum termasuk membela hak dan kebajikan masyarakat Islam.

"Hal ini membuktikan bahawa kerajaan PH cukup prihatin tentang kebajikan rakyat dan komited untuk menjaga kebajikan dan membela nasib semua kaum khususnya tempat ibadat agama Islam sebagai agama Persekutuan," katanya.

Kor Ming berkata, beliau akan terus memperjuangkan hak dan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama kerana PH adalah sebuah kerajaan yang prihatin tentang hak semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Artikel Berkaitan: