Covid-19: 2,130 jangkitan baharu, satu kematian

Sebanyak 2,130 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan wabak tersebut adalah 4,536,795 kes.
Sebanyak 2,130 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan wabak tersebut adalah 4,536,795 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,130 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan wabak tersebut adalah 4,536,795 kes.

Menurut portal CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah yang dilaporkan itu hanya melibatkan kes tempatan, manakala kes aktif pula adalah sebanyak 25,626 kes.

Data itu menunjukkan sebanyak 24,585 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 13 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 999 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan seramai 35 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Ini melibatkan 19 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 16 lagi memerlukan mesin ventilator.

Bagaimanapun, kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 1,080 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,475,438 kes.

Dalam perkembangan sama, KKM turut memaklumkan sebanyak satu kematian sahaja direkodkan pada Jumaat dan ia bukan melibatkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).