Kedutaan Indonesia serah polis siasat kes dera amah

Yusron
Yusron
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Republik Indonesia menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan secara terperinci berhubung tiga wanita Indonesia yang didakwa menjadi mangsa dera sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri.

Konsular Indonesia, Yusron B Ambary berkata, ketiga-tiga wanita itu kini mendapat Perintah Perlindungan Sementara (IPO) daripada Majistret Kajang dan sedang membantu siasatan berhubung kes tersebut.

"Pihak kedutaan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk membantu siasatan dan selepas segala proses perundangan selesai kita akan melakukan proses untuk penghantaran pulang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hari ini, media melaporkan tiga wanita Indonesia mendakwa mereka telah ditumbuk, ditampar dan tidak dibayar gaji oleh pasangan suami isteri tersebut di sebuah banglo mewah di Country Heights di Kajang.

Mereka bertindak nekad memanjat pagar banglo untuk melarikan diri, sebelum dibawa oleh seorang lelaki ke Kedutaan Besar Republik Indonesia yang terletak di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Yusron berkata, pihaknya tidak dapat memberikan butiran lengkap berhubung kes tersebut yang kini sedang dalam siasatan pihak polis.

Artikel Berkaitan: