Cara masak tepung pelita

No Image Caption
A
A
A
DAPUR Femina kali ini membawakan resipi kuih tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kuih-muih ini sentiasa dicari-cari. Sesuai dimakan pada waktu sarapan pagi mahupun minum petang. Nampak macam sukar untuk membuatnya, namun, hakikatnya ia mudah. Jom Try Masak!


Bahan-bahan:

Untuk lapisan bawah (hijau)

Tepung beras (1/2 cawan)

Air daun pandan (2 cawan)

Secubit kapur makan

Untuk lapisan atas (santan)

Tepung beras (1/2 cawan)

Santan (2 1/2 cawan)
Artikel Berkaitan:


Secubit garam

Cara membuatnya :

Untuk lapisan atas

1) Satukan semua bahan lapisan atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mengeluarkan wap.

2) Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam masa 10 minit.

Untuk lapisan bawah :

1) Kisarkan dalam empat atau lima daun pandan untuk dijadikan air.

2) Campurkan semua bahan untuk lapisan hijau.

3) Kemudian panaskan pengukus hingga air mendidih.

4) Susun bekas daun pisang yang empat segi dalam pengukus.

5) Isikan satu sudu kecil gula dalam setiap bekas.

6) Selepas itu, tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.

7) Kukus selama 15 minit dan setelah masak tuangkan bahan untuk lapisan atas. Siap !