Rebecca Nur Al Islam ingat asal usul

Pelakon, Rebecca Nur Al Islam
Pelakon, Rebecca Nur Al Islam
A
A
A

PELAKON, Rebecca, sama seperti masyarakat lain yang pernah berasa hidup susah dan tinggal di kampung.

Cerita Rebecca Nur Al Islam, 32, di Instagram miliknya, dia bahagia di samping keluarga tercinta dan banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan.

"Alhamdulillah asalkan makan kami cukup dan kami bahagia bersama keluarga dan adik beradik.

"MasyaALLAH banyak sangat kenangan yang terindah di rumah kampung ku. Rumah aku membesar dan diberi pelajaran. Di sana sesungguhnya aku akan ingat asal usulku hingga ke akhir hayatku.

"Alhamdulillah sepanjang hidup kami adik beradik pernah merasai susah dan senang, terima kasih ALLAH.

No Image Caption

"Aku akan sentiasa ingat asal usul ku dan aku akan lebih menghargai dan syukuri dengan nikmat MU wahai ALLAH," coretnya.

Dalam coretan sama Rebecca juga tidak akan melupakan pesan arwah bapanya yang berbunyi; "Be brave, be kind and have courage," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Rebecca juga berkongsi antara permainan kanak-kanak suatu ketika sebelum kehadiran media digital.

"Bahagia sangat tak terkata, terlalu happy zaman kanak-kanak kami.

"Main ting ting, main guli, main kat longkang, main baling selipar, main masak-masak, main kat hutan, dan main hujan paling menyeronokkan," imbasnya.