Jho Low dakwa tindakan beku akaun bapa bukti bakal dianiaya

Jho Low
Jho Low
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang kini diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low mendakwa dirinya tidak akan mendapat keadilan sekiranya dibicarakan di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan peguamnya, tindakan pihak berkuasa Malaysia membekukan akaun bank milik bapanya, Larry Low Hock Peng yang bernilai RM48 juta adalah petunjuk bahawa dirinya tidak akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Ini adalah satu lagi contoh perbicaraan media oleh rejim Mahathir dan selanjutnya membuktikan tidak mungkin untuk (saya) mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia," katanya yang kini dipercayai berada di China.

Kelmarin, kerajaan memfailkan tindakan perlucutan hak sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Larry Low di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 yang itu dipercayai daripada 1MDB.

Menurut Jho Low, tindakan tersebut disifatkan sebagai strategi untuk melakukan gangguan dan penganiayaan politik terhadap pihak lawan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dengan apa jua cara yang diperlukan.

"Sekali lagi, rejim Mahathir mengabaikan kedaulatan undang-undang dan jelas menyalahgunakan kuasa, berusaha untuk mengeksploitasi pejabat peguam negara dan pasukan polis untuk menyerang pihak lawan dan melakukan kerja-kerja peribadi rejim Mahathir," katanya.

Pada 23 Mac lalu, pihak polis merampas telah menyita rumah mewah milik keluarga Jho Low di Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: