Pas masih harap kerjasama parti Melayu

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas masih berharap kerjasama politik antara parti besar Melayu untuk kepentingan negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, Pas tiada masalah jika UMNO tidak lagi mahu bekerjasama dengan Pas.

"Pas belum tutup buku untuk bekerjasama dengan parti besar Melayu lain. Bagaimanapun, jika UMNO berpendapat tidak perlu lagi kerjasama, mereka boleh tutup buku sendiri," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini pada Rabu.

Mohd Amar turut memaklumkan jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas Kelantan diserahkan kepada kerajaan pusat.

"Perbincangan masih berjalan dan kita serahkan kepada kerajaan pusat," katanya.

Mohd Amar sebelum ini memaklumkan media pilihan raya tidak perlu dipercepatkan kerana tempoh sebenar mengundi tidak sampai setahun.

"Saya rasa tidak perlu percepatkan pilihan raya. Paling lewat bulan lima tahun depan," katanya.