Keberanian dua anggota polis tahan pengganas Christchurch diiktiraf

Dua anggota polis menarik keluar pengganas warga Australia selepas merempuh kenderaannya di di Brougham St.
Dua anggota polis menarik keluar pengganas warga Australia selepas merempuh kenderaannya di di Brougham St.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Dua anggota polis yang berjaya menahan dan menarik keluar pengganas warga Australia dalam serangan meragut 50 nyawa dua minggu lalu akan menerima anugerah atas keberanian mereka.

Pegawai terbabit merempuh kenderaan dinaiki Brenton Tarrant di Brougham St ketika dia memecut laju menuju ke lokasi ketiga serangan dipercayai Masjid Asburton di pinggir Canterbury pada 15 Mac lalu.

Penahanan itu dibuat 21 minit selepas polis menerima panggilan kecemasan 111 yang pertama, sejurus serangan berdarah menyasarkan Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Polis New Zealand, Chris Cahill hari ini sambil berkata perbincangan sedang berjalan bagi menentukan bentuk pengiktirafan bakal diberikan kepada kedua-dua pegawai terbabit yang bertugas di daerah Selwyn.

"Mereka patut diberikan merit atas keberanian semasa menjalankan tugas dan saya fikir tiada pihak yang akan mempertikaikannya," ujar Cahill.

Sebelum ini, Pesuruh Jaya Polis Mike Bush memaklumkan pegawai polis yang menahan pengganas berkenaan mengambil risiko besar dalam menjalankan tugas itu.

Ini kerana katanya, mereka turut menemui bahan letupan dan senjata lain di dalam kenderaan pengganas terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: