Ratusan dimasukkan hospital akibat kebocoran gas nitrogen di Iran

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Sebuah kilang membuat abu soda mengalami kebocoran gas nitrogen di bandar Firuzabad. - Agensi
Sebuah kilang membuat abu soda mengalami kebocoran gas nitrogen di bandar Firuzabad. - Agensi
A
A
A

TEHRAN - Lebih 130 orang dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas akibat kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di selatan Iran.

Agensi berita IRNA melaporkan satu siasatan telah dilancarkan untuk mencari punca kebocoran gas nitrogen dari kilang menghasilkan abu soda di bandar Firuzabad.

"Mangsa yang cedera kebanyakkan mengalami masalah pernafasan akibat gas nitrogen yang tidak merbahaya," ujar Pengarah Pengurusan Krisis di wilayah Fars, Khalil Abdollahi.

Tidak mangsa terkorban dan mereka yang dimasukkan ke hospital telah dibenarkan keluar. - AFP