Inisiatif ‘Road to Makkah’

Inisiatif yang dilancarkan pada tahun 2017 itu bertujuan untuk memudahkan perjalanan jemaah haji termasuk prosedur semakan pasport dan kastam. - Foto AFP
Inisiatif yang dilancarkan pada tahun 2017 itu bertujuan untuk memudahkan perjalanan jemaah haji termasuk prosedur semakan pasport dan kastam. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Jemaah haji di Malaysia di rantau Asia Tenggara telah mengetahui jalan ke Makkah lebih enam dekad yang lalu dan sejak abad ke-14 melalui bukti batu bersurat yang ditemui di Terengganu pada tahun 1303 Masihi.

Pengembara dan sejarawan Portugis, Tom Pires mencatatkan bahawa Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan ketujuh dalam salasilah Raja-Raja Kesultanan Melayu Melaka yang memerintah dari tahun 1477 Masihi hingga tahun 1488 Masihi mencatatkan bahawa baginda pergi ke Makkah untuk menunaikan haji selepas kemangkatan ayahandanya.

Haji dari Malaysia diteruskan selepas itu seperti yang didokumentasikan oleh ramai pemimpin, penguasa dan penulis Malaysia.

Paling terkenal ialah apa yang didokumentasikan oleh Laksamana Hang Tuah yang mencatatkan butiran perjalanannya dalam novelnya Tales of Hang Tuah yang kini ditempatkan di Muzium Negeri Terengganu.

Penulis dan pengarang Melayu terkenal, Munshi Abdullah Abdul Qadeer turut mendokumentasikan perjalanannya untuk menunaikan haji merentasi laut pada abad ke-19.

Hari ini dalam era kemajuan di Arab Saudi, Kementerian Dalam Negeri melalui inisiatif ‘Road to Makkah’ telah mengimbau kembali kenangan haji, namun dengan cara lebih moden dan melalui perkhidmatan yang tersendiri.

Sebagai sebahagian daripada Program Perkhidmatan Duyuf Rahman, inisiatif tersebut adalah salah satu program terpenting dalam Wawasan Kerajaan 2030 dan dilancarkan pada tahun ini di lima negara yang diketuai oleh Malaysia bersama Indonesia, Maghribi, Pakistan serta Bangladesh.

Pelancaran inisiatif pada 2017 itu bertujuan bagi memudahkan perjalanan jemaah haji dengan memudahkan prosedur semakan pasport, kastam, keperluan kesihatan dan menyusun serta mengekod bagasi di lapangan terbang tempat mereka berlepas seolah-olah memasuki Arab Saudi melalui penerbangan domestik. Bagasi jemaah haji juga dibawa terus ke tempat kediaman mereka.

Dalam tempoh dua tahun pertama, inisiatif itu telah banyak memberi manfaat kepada jemaah haji Malaysia.

Jemaah haji dari Indonesia adalah antara yang mendapat kemudahan di bawah inisiatif tersebut. - Foto AFP
Jemaah haji dari Indonesia adalah antara yang mendapat kemudahan di bawah inisiatif tersebut. - Foto AFP

Ia turut bertujuan untuk melaksanakan sistem ziarah pintar melalui laluan tunggal elektronik bermula dengan pengeluaran visa, semakan pasport dan prosedur kastam di lapangan terbang di negara di mana mereka akan berlepas.

Selepas mereka mengesahkan keperluan kesihatan telah lengkap, ia disusuli proses mengekod dan menyusun bagasi yang sesuai dengan aturan pengangkutan serta penginapan di Riyadh.

Ketika jemaah haji tiba, mereka tidak lagi perlu melalui prosedur kemasukan yang telah dijalankan sebelum itu. Mereka boleh bergerak terus menaiki bas dan akan dihantar ke tempat penginapan mereka di Makkah atau Madinah manakala bagasi mereka pula dibawa terus oleh penyedia perkhidmatan.

Inisiatif tersebut yang dilaksanakan pada tahun keempat telah disepakati oleh Saudi dan Malaysia berdasarkan kerjasama antara Kementerian dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Luar, pihak kesihatan, petugas haji dan umrah, Pihak Berkuasa Am untuk Penerbangan Awam, zakat, cukai dan kastam, Pihak Berkuasa Saudi untuk Data dan Kecerdasan Buatan (Sadaya), Program Perkhidmatan Duyuf Rahman, Pejabat Imigresen dan Syarikat Pelancongan.

Persoalan penting ialah mengapa Malaysia hanya memfokuskan inisiatif jalan ke Makkah sejak pelancarannya tahun lalu dan mengapa ia dapat diteruskan sehingga ke hari ini?

Saya percaya, berdasarkan statistik dan kajian bahawa jemaah haji Malaysia ialah jemaah haji paling teratur dan sistematik yang melayakkannya menjadi negara pertama mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut.

Proses komunikasi dan jalinan kerjasama yang mudah antara pihak berkuasa Malaysia serta para jemaah dengan Saudi menyebabkan kita telah berkongsi kejayaan atas inisiatif berkenaan.

Hubungan Riyadh-Kuala Lumpur boleh menyumbang kepada kerjasama yang lebih erat dalam semua bidang termasuk haji memandangkan kedua-dua kerajaan berusaha untuk bersatu pandangan dengan kerjasama yang amat membina.

Bukti terbaik adalah ketika lawatan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan baru-baru ini yang merupakan kunjungan pertama ke Malaysia selepas pandemik Covid-19 dan melalui pertemuan bersama Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah serta beberapa menteri lain.

Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada penjaga Tanah Haram, Putera Mahkota dan Saudi kerana masih menyokong Malaysia ketika menghadapi wabak Covid-19.

Hal itu menjadi petunjuk yang jelas tentang kesungguhan kedua-dua negara bagi membangunkan hubungan dalam beberapa bidang terutamanya bidang ekonomi.

Ia boleh dibuktikan apabila Malaysia memilih Jeddah sebagai pintu masuk bagi eksport minyak sawit dan produk pertanian ke Eropah serta kerjasama antara Petronas dan Aramco yang telah dimulakan semula beberapa hari lalu, yang menjadi simbol manfaat bersama dari pelbagai aspek kehidupan.

Kerjasama erat seperti itu mampu memberi manfaat kepada Kuala Lumpur-Riyadh dan memberi kesejahteraan kepada rakyat di kedua-dua negara yang bersaudara.

*Penulis ialah wartawan Arab Saudi yang menetap di Malaysia