[VIDEO] Pengganti Zuraida: Muhyiddin tunggu tarikh jumpa PM

Muhyiddin masih menunggu tarikh daripada pejabat Perdana Menteri bagi membincangkan kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kabinet. - Foto Sinar Harian
Muhyiddin masih menunggu tarikh daripada pejabat Perdana Menteri bagi membincangkan kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kabinet. - Foto Sinar Harian
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menunggu tarikh daripada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kabinet.

Menurutnya, pertemuan itu akan dibuat selepas Ismail Sabri bertemu dengan Zuraida.

"Kita berpendirian Zuraida duduk situ sebagai menteri atas kuota Bersatu, sejak dari dahulu lagi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilapor berkata, kedudukan Zuraida masih belum dibincangkan.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Bagaimanapun Ismail Sabri menegaskan Zuraida masih menteri kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa, selagi beliau tidak membuat keputusan.

Sementara itu, ditanya adakah Bersatu mengemukakan muka baharu atau lama sebagai calon pengganti Zuraida, Muhyiddin enggan mengulas lanjut.

"Bila sampai masanya akan tahu," katanya.



Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan sejak dari zaman pentabirannya, kerusi yang dipegang oleh Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin adalah kuota Bersatu.

Bagaimanapun katanya, keputusan untuk mengisi jawatan itu adalah hak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah beliau juga menyifatkan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti itu sebagai tidak berasas.

Beliau menegaskan perkara berkenaan sebenarnya tidak berlaku.

Baca artikel penuh di sini: https://bit.ly/3O6z91W

https://bit.ly/3NPsEk6

Muzik: www.bensound.com

#Audiobuzz #SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu

" />