Peringatan SPR buat PRK DUN Rantau

212928
212928
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK DUN Rantau sepanjang tempoh berkempen bermula perisytiharan calon pada 30 Mac hingga 12 April 2019 bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, sebarang aktiviti kempen seperti penjamuan makanan dan minuman serta pemberian hadiah tidak memberikan undi merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau menambah, calon atau parti yang diwakili diingatkan supaya tidak menyalahgunakan aset kerajaan atau menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk meraih undi.

“ Calon-calon dan juga pihak yang terlibat di dalam aktiviti berkempen hendaklah berkempen secara berhemah dan mengikut etika kempen. Segala arahan pihak berkuasa, terutamanya SPR, SPRM ataupun PDRM hendaklah sentiasa dipatuhi.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai pelanggaran undang-undang ketika berkempen disarankan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa berkenaan.

“Apa-apa perbuatan melibatkan amalan rasuah haruslah dilaporkan kepada SPRM manakala bagi kesalahan lain di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya atau di bawah Kanun Keseksaan hendaklah dilaporkan kepada polis,” jelasnya.

Jelasnya lagi, sebarang kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi termasuklah melalui media sosial.

Artikel Berkaitan: