Sila log masuk terlebih dahulu.

CEO syarikat telekomunikasi ditahan disyaki terima suapan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi kerana disyaki terlibat menerima wang rasuah.

Menurut sumber, suspek yang juga lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor, kira-kira jam 8 malam pada Isnin selepas hadir memberikan keterangan.

“Suspek disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 daripada sebuah syarikat sebagai dorongan memberikan projek kejuruteraan.

“Wang suapan berkenaan juga dipercayai sebagai dorongan bagi projek pembinaan dan pembaikian menara telekomunikasi yang berjumlah hampir RM50 juta,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Azmi
Azmi

Beliau berkata, suspek juga kini direman selama empat hari selepas SPRM Johor membuat permohonan reman pada Selasa.

Artikel Berkaitan: