X

Kindly register in order to view this article
!

Aminolhuda menyampaikan sumbangan PPD kepada PIBG SK Tanjung Puteri Resort.
A
A

PASIR GUDANG - Tiada kelas ganti untuk semua 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran Sungai Kim Kim, di sini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata, namun guru perlu mengambil inisiatif menghabiskan silibus pelajaran terutama pelajar menghadapi peperiksaan.

"Oleh kerana kita mengisytiharkan cuti sekolah, itu sebab bencana kecil, maka tak perlu ganti.

"Kita harapkan guru-guru dapat habiskan semua silibus walaupun mungkin terpaksa berkejar sedikit untuk menghadapi peperiksaan sebab terpaksa tutup seminggu awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Gotong Royong Pasca Pencemaran Sungai Kim Kim di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di sini, hari ini.

Beliau juga mengesahkan tiada anjakan tarikh peperiksaan di semua sekolah terlibat namun guru-guru digalakkan mengadakan kelas tambahan sekiranya perlu.

Aminolhuda membantu membersihkan dua buah kelas sebelum merasmikan program gotong-royong.
Aminolhuda membantu membersihkan dua buah kelas sebelum merasmikan program gotong-royong.

Dalam pada itu, Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani memberi jaminan persekitaran sekolah selamat untuk pelajar memulakan sesi pembelajaran.

"Insya-ALLAH (selamat) kerana mengikut laporan jawatankuasa bencana, semua sekolah berada dalam keadaan selamat untuk dibuka semula kepada pelajar.

"Semua pihak berkaitan menyatakan keadaan selamat berdasarkan kepada kenyataan beberapa hari lepas," katanya.

Menurutnya, kesemua sekolah diwajibkan menjalankan gotong-royong esok sebelum sesi persekolahan dimulakan.

"Berdasarkan pandangan pakar, esok diwajibkan kepada semua sekolah supaya buka semua kipas, tingkap, pintu di semua bahagian blok sekolah supaya peredaran udara dapat berlaku.

"Taklimat khusus berkaitan keselamatan daripada pakar akan dibuat Isnin ini jam 2 petang di SMKA Johor Bahru. Jadi, kita jemput semua guru dan ibu bapa untuk hadir," katanya.

Sementara itu, Aminolhuda sempat meluangkan masa lebih sejam dan membantu membersihkan dua buah kelas di sekolah ini sebelum merasmikan program tersebut.

PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM Tiada kelas ganti: Exco Exco Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan mengesahkan tiada kelas ganti bagi 111 sekolah di Pasir Gudang yang diarah bercuti awal susulan insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim. Laporan MOJO Sinar Harian Johor: Raziatul Hanum A Rajak

Posted by Sinar Harian Edisi Johor on Friday, March 29, 2019