Wang ASB RM77,500 hilang sekelip mata ditipu Macau Scam

AA Anbalagan
AA Anbalagan
A
A
A

BAYAN BARU - Seorang pesara operator kilang hilang sekelip mata wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM77,500 kerana ditipu sindiket Macau Scam.

Mangsa yang menyimpan wang berkenaan dalam Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah mengeluarkannya untuk membuat bayaran kepada seorang individu selepas didakwa terlibat dalam kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, wanita berusia 56 tahun itu dikatakan kononnya terlibat dalam sindiket perjudian haram bersama seorang lelaki.

Menurutnya, mangsa dari Sungai Ara, Batu Maung itu dihubungi seorang lelaki yang mendakwa dari Bank Negara dengan memperkenalkan diri sebagai Zahari pada 9.45 pagi, Isnin lalu.

"Suspek mendakwa mangsa bersama seorang lelaki bernama David telah berpakat untuk menjalankan sindiket perjudian haram. Mangsa juga didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram bernilai RM 1.5 juta.

"Suspek telah menakut-nakutkan mangsa dengan mendakwa dia akan dikenakan waran tangkap kerana disyaki bersubahat dengan lelaki tersebut (David).

Suspek juga bertanya kepada mangsa jumlah wang simpanan dalam banknya untuk kepastian sama ada wang tersebut dari sindiket haram atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi tadi.

Anbalagan berkata, mangsa yang dalam ketakutan telah memasukkan RM25,000 ke dalam sebuah akaun bank di Bayan Baru pada hari sama.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa juga telah memasukkan RM30,000 di sebuah bank di Jalan Tengah di sini pada keesokan harinya. Mangsa sekali lagi memasukkan RM10,000 pada 27 Mac dan mali terakhir mangsa memasukan wang adalah semalam iaitu RM12,500.

"Selepas mangsa memasukan kesemua wang berjumlah RM77,500 itu, dia mula berasa sangsi dan telah menceritakan kepada rakannya. Rakannya yang terkejut dengan perkara itu telah memaklumkan kepada mangsa bahawa dia telah ditipu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.