Tiga rakyat Palestin cedera dibedil jet Israel

Sebuah jet Israel berlepas dari Tel Aviv.
A
A

GAZA CITY - GAZA. Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan udara Israel di bahagian utara Semenanjung Gaza, petang semalam.

Menurut sumber tempatan, sebuah jet tempur Israel menggugurkan sekurang-kurangnya sebutir peluru berpandu ke arah sekumpulan remaja Palestin yang didakwa menerbangkan layang-layang dan belon mudah terbakar di timur Jabaliya.

Sumber mengesahkan bahawa tiga mangsa cedera dalam serangan tersebut.

Kesemua yang cedera dikejarkan ke Hospital Indonesia bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut sebagai tindak balas selepas layang-layang dan belon mudah terbakar dilepaskan ke arah selatan wilayah yang diduduki. - Agensi