‘Beliau tak patut ambil duit itu’ - Musa Hassan

Musa
Musa Hassan
Musa Musa Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan perlu memulangkan semula duit elaun yang diterima sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ujar beliau, tidak ada sebab untuk Mohd Sidek mengambil duit berkenaan memandangkan beliau tidak menghadiri sebarang mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

“Apabila seseorang itu dilantik, ia mesti ada tugas. Jadi beliau akan dibayar berdasarkan tugas-tugas yang dijalankan.

“Kalau kita tidak melakukan tugas, jadi tidak patutlah ambil duit itu sebab beliau tidak buat kerja.

“Kalau saya, saya akan pulang balik duit itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Musa berkata, perkara tersebut melibatkan cerminan integriti seseorang meskipun tidak ada peruntukan undang-undang khusus yang mewajibkan Mohd Sidek memulangkan kembali duit berkenaan.

“Walaupun tidak ada peruntukan (undang-undang), tetapi kita dibayar kerana tugas. Kalau tidak ada tugas, buat apa kita ambil duit itu?” soal Musa.