Bukit Golan: Israel terdesak hadapi pilihan raya

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengutuk keras tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai sebahagian wilayah Israel.

Setiausaha Agung Ikram, Nahar Md Nor berkata, tindakan Trump itu seharusnya tidak berlaku kerana ia secara jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.

"Kami (Ikram) tidak menolak kemungkinan pengiktirafan terhadap Bukit Golan mempunyai kaitan dengan pilihan raya Israel pada 9 April depan.

"Justeru, bagi mendapat sokongan yang banyak dalam kalangan penduduk maka Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaikan terdesak untuk mendapatkan kawasan (Bukit Golan) berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Tambah Nahar, tindakan tidak bertanggungjawab Trump itu bukan sesuatu yang baharu dan mengejutkan kerana pemimpin AS tersebut pernah melakukan perkara sama.

"Sikap Trump bukan sahaja dibantah oleh barisan pemimpin dari negara Islam malah turut mendapat tentangan daripada Eropah dan negaranya sendiri.

"Dia dilihat sentiasa mengundang kemarahan banyak pihak terutamanya perkara yang mengundang ketidakstabilan di negara-negara Arab," jelasnya.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Trump mengisytiharkan Bukit Golan yang dirampas Zionis sejak 1967 adalah milik Israel.

Artikel Berkaitan:

Beliau menandatangani dokumen pengiktirafan tersebut sambil disaksikan Netanyahu.