Perbezaan pendapat tidak jejas kempen PRK Rantau

Anwar berucap ketika mengadakan pertemuan bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rantau Eco Park, malam tadi. -Foto Bernama
Anwar berucap ketika mengadakan pertemuan bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rantau Eco Park, malam tadi. -Foto Bernama
A
A
A

REMBAU - Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen PRK DUN Rantau, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Benda kecil, kita tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan... beza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, saya konsisten bab ini.

"Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK DUN Rantau di sini, malam tadi.

Pada 22 Mac, Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tawar diri jadi Pengerusi PAC?

Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata penyakit ‘over confident’, sombong, rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti ‘terlungkup’.

PRK DUN Rantau 13 April ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah. -Bernama

Artikel Berkaitan: