18 maut dirempuh trak

Sebahagian daripada mayat mangsa kejadian rempuhan tersebut.
Sebahagian daripada mayat mangsa kejadian rempuhan tersebut.
A
A
A

GUATEMALA CITY - GUATEMALA. Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam kejadian rempuhan trak di bandar Nahuala, malam semalam.

Menurut pihak berkuasa, sekumpulan penduduk pribumi sedang berkumpul di lokasi kejadian langgar lari yang mengakibatkan seorang pemimpin komuniti terbunuh ketika mereka dirempuh trak yang tidak memasang lampu di laluan gelap secara tiba-tiba.

"Mangsa terkorban termasuk tiga kanak-kanak manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap jabatan bomba, Cecilio Chacaj.

Susulan tragedi itu, kerajaan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula semalam dan polis kini sedang memburu pemandu trak tersebut. - AFPGUATEMALA CITY - GUATEMALA. Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam kejadian rempuhan trak di bandar Nahuala, malam semalam.

Menurut pihak berkuasa, sekumpulan penduduk pribumi sedang berkumpul di lokasi kejadian langgar lari yang mengakibatkan seorang pemimpin komuniti terbunuh ketika mereka dirempuh trak yang tidak memasang lampu di laluan gelap secara tiba-tiba.

"Mangsa terkorban termasuk tiga kanak-kanak manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap jabatan bomba, Cecilio Chacaj.

Susulan tragedi itu, kerajaan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula semalam dan polis kini sedang memburu pemandu trak tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: