PTPTN: Kaedah tidak adil, kata KJ

Paparan skrin ciapan Ahli Parlimen Rembau itu, semalam.
Paparan skrin ciapan Ahli Parlimen Rembau itu, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaedah Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan kerajaan disifatkan tidak adil.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kaedah baharu itu jelas tidak adil kepada peminjam yang sedang membayar balik pinjaman.

"Saya minta PTPTN tangguh dahulu pelaksanaan mekanisme pembayaran balik yang baharu. Kaedah ini tidak adil bagi peminjam yang sudah setuju dan sedang bayar balik secara bulanan.

[ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN sedia pertimbang rayuan peminjam]

"Harap jemaah menteri dapat memberi arahan untuk tangguh kaedah ini pada mesyuarat esok," katanya melalui laman mikro Twitter miliknya.

Kaedah baharu bayaran balik pinjaman secara progresif itu dijadualkan berkuat kuasa Januari 2019.

Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, perjanjian yang telah ditandatangani peminjam sebelum ini menunjukkan peminjam telah pun bersetuju membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim ditetapkan perbadanan itu.

Artikel Berkaitan: