Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40 orang

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

LAGOS - Angka korban akibat serangan berdarah di sebuah gereja di barat daya Nigeria pada Ahad meningkat kepada 40 orang, kata gabenor wilayah Ondo, Arakunrin Rotimi Akeredolu pada Rabu.

Sementara itu, 61 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan, dan 26 orang telah dibenarkan keluar dari hospital, lapor Xinhua.

Taman peringatan akan dibina bagi mengebumikan mereka yang terbunuh dalam serangan itu.

Kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah akaun bank bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat, katanya.

Pada Isnin, Akeredolu mengisytiharkan tempoh perkabungan tujuh hari dan mengarahkan agar bendera dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam sebagai mengenang mangsa terkorban.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad di Abuja, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengutuk pembunuhan kejam itu. - Bernama