Fouziah Gous prank suami

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengacara terkenal, Datin Fouziah Gous, 36, memuat naik video rakaman sempena majlis hari lahir suaminya, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof, baru-baru ini.

Bertempat di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, dapat disaksikan pada wajah sang suami yang menyambut usia yang ke-36 tahun itu terserlah kegembiraannya.

Dalam perkongsian tersebut, Fouziah berterima kasih kepada mereka yang telah bersama menjayakan acara berkenaan.

"Alhamdulillah terima kasih kerana menjadikan ia satu kenyataan semua.

"Anda tahu siapa anda! Anda memang terbaik dan saya bersyukur dengan limpahan kasih sayang anda," coret Fouziah di Instagramnya.

No Image Caption

Menurut isteri Zhaf, ketika itu suaminya difahamkan kononnya akan menghadiri majlis pelancaran MIHAS.

Sementara itu, menerusi posting berikut, Fouziah sekali lagi memuat naik video menyambut hari jadi suami namun berbeza kerana disambut bersama anak-anak asnaf dari Denai Alam.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah rezeki suamiku dari ALLAH. Semoga ALLAH terus memberi rezeki yang luas, makbulkan setiap impian, kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah RahmatNya," coretnya.