Rita Rudaini berkorban demi anak-anak

Pelakon, Rita
A
A

PELAKON terkenal, Rita Rudaini, 42, memberitahu tugas sebagi ibu dan bapa yang digalasnya tidak semudah yang disangkakan.

Katanya menerusi Instagram, banyak perkara yang harus dititikberatkan demi masa depan anak-anak tercinta.

"Banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikirkan semuanya saya kena fikir sendiri. Tugas dan tanggungjawab saya sudah double triple.

"24 jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir fasal diri sendiri tanpa ada masa untuk berehat. Nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pun sudah saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya," coretnya.

Bagi ibu kepada dua orang cahaya mata yang semakin dewasa, bimbang akan masa depan anaknya sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.

"Masa umpama tidak cukup untuk saya setiap masa juga selalu fikir kalau ada apa-apa terjadi pada saya, macam mana mereka nanti?," tulisnya yang berterima kasih kerana dibantu oleh lelaki yang menguruskan mengenai insurannya.

"Kepada semua, nasihat saya tak kiralah ibu tunggal ke, ibu tinggal ke, atau masih berkeluarga, malang tidak berbau.

"Sediakanlah payung sebelum hujan kerana tak semestinya panas sampai ke petang," akhirinya.