Dua pemandu parah kemalangan di Bukit Jalil

Zulkifli Yahya
Zulkifli Yahya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pemandu kenderaan termasuk seorang jurupulih perubatan fisioterapi Sekolah Sukan Bukit Jalil cedera parah dalam kemalangan berlaku di Jalan Timur berhadapan pintu masuk Stadium Bukit Jalil di sini pagi tadi.

Kejadian jam 7 pagi itu, melibatkan kereta Proton Waja dipandu jurupulih perubatan fisioterapi, lelaki berusia 33 tahun dan kereta jenis Matrix dipandu seorang wanita berusia 29 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, kemalangan berlaku di tengah persimpangan empat Jalan Timur menghala ke Teknologi Park Malaysia.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Waja sedang bergerak terus di jalan utama ke arah Teknologi Park tiba-tiba kereta Matrix dari arah bertentangan telah belok ke kanan untuk masuk ke Stadium Bukit Jalil.

“Akibat kemalangan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk (total lost). Pemandu kereta Waja cedera di kepala dan patah kaki, pemandu wanita pula retak siku, kaki dan menerima jahitan di bahagian muka.

“Manakala seorang lagi mangsa, iaitu penumpang kereta Matrix, pelajar berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Beliau, mangsa lelaki dibawa ke Hospital Serdang manakala pemandu wanita dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: