Tuntutan palsu: Pembantu tadbir ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu tadbir wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini untuk bantu siasatan membabitkan kes tuntutan palsu RM209,233.

Suspek berusia 33 tahun dipercayai memalsukan 32 tuntutan bagi pembiayaan perubatan kesuburan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ketika bertugas di dua jabatan kerajaan di negeri ini dari tahun 2014 hingga 2017.

Suspek disyaki mengemukakan Borang Perubatan I/09 bersama resit berkaitan rawatan kesuburan kepada Pejabat Perhutanan Pahang dan Pejabat Pertanian Pahang dengan niat untuk mengelirukan prinsipalnya terhadap tuntutan palsu tersebut.

Sumber berkata, hasil siasatan dijalankan SPRM Pahang sejak beberapa bulan lalu, suspek berjaya ditahan hari ini dan dijangkau dituduh dalam masa terdekat.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Artikel Berkaitan: